- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Wednesday, May 15, 2013

Kajian Supplemen: ON AMINO ENERGY

Yeah~~~~ Back to the blog! Haha. Lama dah ana tak buka blog ni. Orang sibuk la katakan. Ok, straight to the point, hari ni ana nak kongsi dengan anta tentang supplement. Haa, sekarang ni ana tengah giat mengkaji dan menganalisa supplement-supplement yang berkaitan dengan bodybuilding atau bina badan. Eh, ana nak bina badan? Tak lah~ Ana nak mendalami saje, bukan nak masuk dalam bidang bina badan. Penat lah nak pergi gym hari-hari. 
Supplement yang ana nak kenalkan pada anta hari adalah, AMIN.O.  ENERGY. Epic kan bunyi dia? Kuat  Marketing betul siapa yang buat produk ni. Yang buat produk ni adalah syarikat Optimum Nutrition yang berpengkalan di USA@ Amerika Syarikat. Wah~ Amerika mu ni. Produk ni bertujuan untuk memberi keperluan amino asid yang penting pada badan kita. Tubuh badan manusia tak boleh menghasilkan amino asid secara semulajadi, jadi, kita kena ambil amino asid ni dari sumber luar. Contohnya ayam, itik, ikan dan berbagai bentuk protein lah. Satu lagi tujuan produk ini adalah memberi tenaga dan fokus ketika workout. Haa, penting ke tenaga dan fokus masa workout? SANGAT-SANGAT penting ok. Kalau takde tenaga dan fokus masa workout, kita akan rasa malas dan takde mood nak workout. Haa, kenapa ana ambil supplement ni? Satu, sebab ana tengah dalam proses cutting atau mengecilkan badan. Ana ni bukannya kurus sangat kan. Dua, untuk mempercepatkan proses pembaikian tisu-tisu otot. Tiga, sebab ana saje je nak rasa produk Amerika ni. Bukan selalu kan?Hehe.

Jadi,perlu ke ambil supplement ni? PERLU, jika anta nak tenaga dan fokus semasa workout dan mempercepatkan proses pemulihan otot. Yela, lepas workout otot mesti lah sakit sebab tisu-tisu otot terkoyak dan memerlukan zat-zat protein untuk recover. Kalau tak workout, tapi nak ambil jugak? BOLEH, sebab minuman ni mengandungi natural caffeine. Jadi, kalau minum ni, kesannya lebih kurang macam minum kopi juga cuma dengan rasa yang lain, faham? Eh, Beta-Alanine tu apa? BAGUS kerana bertanya. Beta-Alanine tu salah satu daripada non-essential amino asid dan tidak terlalu penting pada badan manusia kecuali jika kita memerlukannya. Beta-Alanine selalu ada dalam pre-workout sebab fungsi-fungsinya seperti berikut :-
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Meningkatkan kepaduan otot
  • Meningkatkan Endurance@Ketahanan
  • Melambatkan keletihan otot semasa workout
Ha, itu lah sedikit sebanyak tentang Beta-Alanine ni. Satu lagi info, Beta-Alanine ni bila kita minum, kita akan rasa tingling@geli-geli dekat bawah kulit kita,kadang-kadang rasa macam gatal pun ada sebab dia nak bagi otot kita kerja lebih kuat.

Ana beli supplement ni daripada website supplement yang ana rasa antara website yang menjual bodybuilding supplement dengan harga yang paling berpatutan(tak mahal sangat lah). Ni link nya, WhyPayMoreNutritions
Ana beli perisa White Blue Rapsberry. Masa tu ada perisa lain yang kurang UMMPH(sedap). Tinggal Watermelon, Fruit Fusion dengan White Blue Rapsberry je. Ana nak perisa Concord Grape sebab ramai expert cakap tu perisa paling SLLLRRPP untuk diminum. haha.

Ni ha produknya. Nampak grand kan? Amerika la katakan.
Ni bentuk dia. Macam serbuk pencuci je texture dia sebab semua bahan dah di 'micronized'.
Ni ingredient dia, Anta baca sendiri lah ye? Banyak sangat lah
Scoop dia kecil je.

 
Kita sediakan air dulu

Masukkan satu scoop dalam air. Dua scoop pun boleh. Ikut anta lah.

 Yeah,itu dia.

 Semakin larut dan larut dan larut..

Dan larut dan larut lagi..

Dan itu dia~ Sllrrp!


Ye, itulah dia supplement yang ana minum sekarang. Rasanya sedap dan menyegarkan. Haha, macam iklan. Tapi betul, supplement ni memang sedap dan bagus untuk tisu-tisu otot kita. Kalau nak lagi sedap, boleh buat ice blended atau shake. Apa-apa pun, jangan takut nak cuba ok? Lagi satu, supplement ni HALAL. Tiada gelatin atau apa-apa unsur yang haram dalam supplement ni. Jadi, minumlah tanpa was-was. Cheers! :)

                     Kalau nak ulasan yang lebih mendalam tentang supplement ni, ana ada video untuk anta,


                                                                            


No comments:

Post a Comment