- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Wednesday, May 29, 2013

Kajian Supplemen: MusclePharm Assault

Hari ni, ana nak cerita pasal supplemen yang kedua. Haha, rasa macam dah jadi atlet pulak pakai supplemen-supplemen ni. Ok, supplemen hari ni diberi nama Assault, salah satu produk daripada MusclePharm. Siapa MusclePharm ni? Haa, ni adalah salah satu syarikat supplemen yang berpengaruh dari Amerika Syarikat. Syarikat ni ditubuhkan pada 2008(baru lagi lah ni) dan merupakan pengeluar supplemen-supplemen yang berkualiti tinggi. 


      So, apa fungsi produk ni? Produk ni berfungsi sebagai Pre-Workout atau pemberi tenaga sebelum melakukan apa-apa senaman. Well, ana ni kena workout tiap-tiap hari, lepas tu mesti buat pagi-pagi. Macam biasa lah, pagi-pagi mestilah badan rasa malas kan? Siapa nak bangun pagi-pagi and terus workout? Susah woh~ Dengan adanya supplemen ni, agak membantu jugak lah dari segi tenaga dan fokus untuk workout. Ana beli supplemen ni dekat MusclesUP dan  harga supplemen-supplemen kat situ memang boleh tahan murahnya. Ana workout dekat rumah saje, nak pergi gym, malas lah nak keluar duit. HEHE.
     
       Ana beli perisa Green Apple. Produk ni ada banyak perisa,contohnya- Fruit Punch, Watermelon, Grape Blast, Raspberry Lemonade, Blue Arctic Raspberry dan Orange Mango. So, mana satu yang sedap? SEMUAAA sedap. HAHAHA. Tapi ingat, kita minum pre-workout bukan sebab perisa tapi kita minum sebab  kesannya kepada aktiviti workout kita(sebenarnya perisa pun penting juga!). Macam mana rasanya? Rasanya, hmmm... memang SSLLRRP! Perisa Green Apple memang sangat sedap. Rasa macam kita betul-betul minum jus epal yang segar tu. Cuma, yang kurang bestnya, supplemen ni manis sangat! Kalau diorang kurangkan manis dalam 15%-20% dan tambahkan masam-masam sikit, mesti  sedap tak terkata!

    Selalunya, pre-workout terdiri daripada dua kategori, ada COMPLETE dan CONCENTRATED. Assault ni jenis COMPLETE, sebab dia ada macam-macam fungsi selain dari hanya menambah tenaga dan fokus. Ana ada snap beberapa gambar untuk anta yang nak tahu macam mana bentuk supplemen ni dan ini dia :-

                                                             
                                           Tu dia produknya. Nampak grand dan smart bukan?

                               
  Ni dalam dia. Macam mana bau dia? Hehhehe, bau macam ubat Cina(bau herba, mungkin sebab ada ginseng dalam ni)

Scoop dia memang BESAR. Macam scoop untuk protein shake pun ada.

Satu tub ada 32 serving(1/2 scoop). Anta nak guna full scoop pun boleh(kalau tahan lah)


                                                      Kita masukkan dalam shaker

Kita shake sampai semua serbuk larut~(yeah, shaker Mickey Mouse. SO?haha)

Ni la hasilnya. Hijau dia nampak segar kan?

Antara bahan-bahan dalam produk ni. Baca sendiri ye.

Kenapa ana beli produk ni instead daripada beratus-ratus jenama pre-workout yang ada kat luar sana? Antara sebabnya ialah:-  
1) Syarikat ni dibangunkan oleh 2 individu yang sudah sebati dengan dunia sukan dan tahu apa yang setiap ahli sukan perlukan. Nak tahu sejarah syarikat ni, Sejarah MusclePharm
2) Keberkesanan produk ni memang terbukti dan selamat.
3) Mereka buat kajian dan perbincangan dengan profesor dan para atlet
profesional untuk setiap produk yang mereka hasilkan.

So, kalau nak kajian yang lebih mendalam, ana ada video untuk anta-

                                 

May peace be upon you. Cheers! :)

No comments:

Post a Comment