- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Saturday, September 29, 2012

I'm In An Open Relationship... Amende tu?

Hello sahabat- sahabat ana. Sihat? Alhamdulillah, ana pun sihat juga. Topik hari ni agak 'hot' dan sedang melanda anak-anak muda Malaysia. Dewasa ini(amboi), bilangan anak-anak muda yang menggunakan status "In An Open Relationship" di laman-laman sosial seperti Facebook semakin meningkat hari demi hari. Haa, kenapa ana tulis macam karangan? Biasalah, budak nak dekat SPM memang macam ni ^^.
Tapi, persoalannya, adakah mereka semua tahu apa maksud status tersebut? Kalau di'translate'kan terus ke Bahasa Melayu, maksudnya " Di Dalam Perhubungan Yang Terbuka" kan? Haa.. ni lah 'trick'nya wahai sahabat ana sekalian. Kalau Bahasa Inggeris, maksud sesuatu perkataan tu berbagai-bagai, contohnya 'chicken', maksudnya ayam, tapi boleh digunakan sebagai 'pengecut'  atau 'budak kecil' dalam suatu ayat. 
Jadi, apa maksud sebenar " In An Open Relationship" ni? Mengikut Wikipedia, maksudnya 
"An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated"

Haa, faham? Tak faham? Ni Bahasa Melayu punya 
"Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi"
Faham kan? Bagus lah kalau anta faham. Tapi ana nak 'summarize'kan  maksud Bahasa Melayu tu ke Bahasa Kita-Kita Aje( bahasa percakapan lah). Maksudnya, kalau anta letak status "In An Open Relationship" dekat Facebook anta, tu bermakna anta tak kisah jika ada lelaki atau perempuan yang nak berhubungan SEKSUAL dengan anta. 

Haa, terkejut tak? Ana rasa reaksi anta mesti macam ni kan?Haha

Ataupun kalau yang ladies tu, reaksi mesti kena comel-comel kan? Haha


Haa, masa ana jumpa fakta ni pun, ana terkejut juga, tapi sikit je lah~ Lebih kurang macam ni,

 LOLWHUT?! -Hahaha-

Tapi Alhamdulillah Allah melindungi ana dan insyaAllah anta juga dari status yang menjijikkan ni. Jadi, hikmahnya, sebelum buat apa-apa, lengkapkan diri anta dengan ilmu supaya anta tak mudah diperbodohkan oleh orang lain...

Satu lagi, anta tau kan ana ni k-poper( minat k-pop lah), so ana ada satu video yang agak best lah untuk anta yang minat k-pop juga. Nama group ni Tasty. Dengar nama pun dah sedap kan. Tapi apa yang menarik perhatian ana ialah perfomance atau persembahan diorang yang mantap dan synchronize(super creative)
dan ana tak pernah jumpa mana-mana  group yang gempak macam ni. So, enjoy dance practice diorang. Neo na ara !


 
                                     
So, that's all from me. See ya later yeah ^^
Bye, take care and may peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment