Hi guys, so long no see~~ Haha, lama tak jumpa kan? Sangat lama kot, lebih kurang sebulan gitu. Ana bukan taknak update or malas, tapi ana harus mengharungi cabaran trial SPM yang berliku-liku dan mengerahkan keringat(amboi ayat) dan masalah internet ana yang down secara tiba-tiba sejak ahad lepas dan membuatkan ana tak dapat online selama beberapa hari.. Hoo~ Banyak alasan kan? Hehe. Sebenarnya betul lah apa yang ana cakap tu, cuma ada sedikit elemen malas disebalik alasan-alasan tu,hehe, biasa lah kan?
Ok, about today, ada sesuatu yang sudah lama ana pendam dalam hati ana, sangat lama sampai ana rasa rugi kalau tak kongsi dengan anta. Simple je, pasal saf. Tahu apa tu saf? Kan kita selalu dengar kat masjid atau surau bila iqamat je, imam akan bagi warning atau peringatan supaya rapatkan saf, macam " Sila rapat dan luruskan saf anda, bahu menyentuh bahu ". Haa, selalu dengar kan? Kalau anta selalu pergi masjid atau surau memang selalu dengar lah. Hari ni, masa solat Jumaat tadi, ana rasa sedikit terkilan lah. Bukan sebab
tak dapat pisang dengan sirap free(memang selalu tak dapat pun), tapi pasal isu rapatkan saf. Ana tak tahu lah, orang -orang dewasa, selalunya pakcik-pakcik, or abang-abang(sometimes), diorang macam malas nak rapatkan saf. Analoginya, ana pergi solat Jumaat tadi, time bangun nak solat tu, ada ruang antara ana dengan pakcik seorang ni(nak sebut nama,lupa nak tanya), ana dah tepuk bahu beliau supaya rapatkan saf, tapi beliau buat dekk je. Haih~ Malu jugak lah masa tu, ana nak suruh rapatkan saf pun taknak. Sebenarnya, bukan sekali atau dua kali, tapi BANYAK kali ana mengalami peristiwa macam ni. Bagi ana, benda ni sangat memalukan umat Islam. Yelah, benda paling ringkas, rapatkan saf pun ada segelintir golongan yang segan nak buat. Macam mana umat Islam nak bersatu kalau rapatkan saf pun segan dan kena suruh baru nak buat.

Yang paling memalukan, sebahagian besar golongan yang 'segan' nak rapatkan saf ni selalunya golongan veteran atau masuk dalam kategori otai lah. Tapi otai-otai pun, kalau rapatkan saf pun 'segan', tak sedap juga kan... Kalau budak-budak tu ana faham lah, diorang tak matang lagi, still lagi boleh diajar. Yang dah tua tu, hmm.....
Ha, pasal solat Jumaat tadi, terpaksa lah ana membuka langkah yang agak besar sedikit(betul ke ayat ni?)untuk meng'cover' (betul ke ni?) ruang yang terdedah dengan Syaitan Laknatullah tu.
Konklusinya, rapatkan saf yang terdedah dan jangan segan-segan kalau nak tegur walaupun orang yang anta nak tegur tu, orang-orang yang lebih tua dari anta. Tak rugi woh tegur ,dapat pahala lagi :)
So,itu je coretan hari ni. InsyaAllah ana akan update lagi dengan topik-topik yang hangat dan sensasi gitu(LOL). Ok, take care, bye and may peace be upon you :)
No comments:
Post a Comment