
Haa.. anta mesti faham maksud ana kan? Anta pernah terfikir tak, kenapa masyarakat kita sudah terbiasa dengan amalan nak minta maaf kena tunggu Hari Raya? Contoh dialog,
Abe 1 : Weh, aku mintak maaf pasal tadi. Tak sengaja woh.
Abe 2 : Tak payah, nak maaf-maaf tunggu hari raya. Hadoi..
Abe 1 : Hmmm :(
Haa, pernah kan? Mesti selalu punya. Ana pun selalu juga kena, kita nak minta maaf, boleh pula makhluk Allah ni kata suruh ana tunggu Hari Raya baru boleh minta maaf. Ana rasa macam, What the fish? Kang kalau mati esok baru tau. Ha, luahan perasaan ni,hehe^^
Kan kita dah ajar, bahawa kalau buat salah kita mesti terus minta maaf. Tak kisah lah bahasa apa pun, macam, minta maaf ke, sorry ke, mianhae ke, apa-apa pun asalkan yang bermaksud 'maaf' dan kita ikhlas ketika meminta maaf tersebut. Pernah dengar orang kata kalau kita minta maaf kat seseorang dan kita dimaafkan, rasanya macam terlepas satu beban yang sangat berat. Pernah dengar? Bagi ana, ada betulnya kenyataan tu..
Agaknya,kenapa ramai orang taknak atau segan ataupun malas nak minta maaf? Mungkin disebabkan sifat ego yang dah bersarang dalam hati seseorang itu(amboi, macam pakar motivasi^^). Tapi, betulkan, kadang-kadang kita rasa berat sangat nak minta maaf walaupun kita tau yang memang kita yang salah. Yela, sebagai manusia biasa yang kecil dan tak mempunyai apa-apa kuasa ni kita takkan terlepas daripada membuat kesalahan sama ada kecil atau besar. Lepas tu ada pula scene filem ke drama ke yang berbunyi, " Tiada maaf bagi mu !" Amboi... perfect sangat ke anta nak cakap camtu, macam la anta tak pernah buat salah kat orang lain kan.. Dah tu, kalau minta maaf, jaga batas pergaulan. Jangan pula buat salah kat kawan perempuan atau ana panggil chikaro, kita minta maaf dengan salam tangan dia. Haa, itu memang minta, minta pelempang. Elok-elok nak minta maaf, tapi dapat dosa pula. Kalau isteri takpelah.. ^^
Rasulullah pernah bersabda: " setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan tersebut adalah orang yang segera bertaubat kepada allah SWT "
Tuntasnya, minta maaf tu bukan hanya dilakukan apabila tiba Hari Raya saja. Tiap hari pun kita boleh minta maaf jika ada kekhilafan.. Yela, who knows, kita tak sempat sampai ke Syawal yang seterusnya..
Allah SWT berfirman : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(Al-Imran: 133-134)
Ha,ana ada satu cerita ni, best jugak lah, ni ha..
- Saiyidina Fatimah az-Zahrah pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Saidina Ali . Saiyidina Fatimah az-Zahrah memohon maaf kepada suaminya sampai 70 kali hingga tersenyum Saidina Ali menyaksikan kelucuan Saiyidina Fatmah az-Zahrah yang masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W. tentang hal itu. Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Saidina Ali tidak memaafkannya dan ditakdirkan Saiyidina Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak memandikan jenazahnya. Wallahua'lam... -
Semoga dengan adanya umur kita yang masih berbaki, kita diizinkan untuk meminta maaf dan memaafkan sesama kita... Amin~
Bye, take care and may peace be upon you :)
No comments:
Post a Comment