- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Wednesday, July 04, 2012

Hand-Stretching Day



Hi guys, anta pernah masuk pertandingan tarik tali? Woh, best woh, sampai tegang otot satu badan. Hehe. Ok, minggu ni ana ada memasuki pertandingan tarik tali antara rumah sukan. Ana mewakili rumah sukan Hang Tuah/Kuning. Rumah-rumah sukan lain yang terlibat ialah Hang Jebat/Merah, Hang Kasturi/Hijau, Hang Lekir/Biru, Hang Lekiu/Ungu dan Hang Nadim/Oren. Banyak 'Hang' kan? Haha. Ok, pertandingan untuk sesi pagi start hari Selasa,yakni semalam lah. First moment bila ana sampai kat padang, semua rumah sukan ada ahli-ahli yang boleh tahan badannya(Pergh... Mantap). First, ana kenal-kenal dulu dengan teammate atau rakan seperjuangan ana(ecehh) di mana ramai yang dalam kalangan Form 4 students. Ok, ramai junior, best sikit kan, dapat mesra-mesra. Sebelum pertandingan, sesi warm-up diadakan(kalau tak warm-up, injury menanti lah gamaknya..). Dari sudut pandangan ana, ada macam-macam jenis sesi warm-up. Orang kata, lain rumah, lain ragam. Ada yang main tarik tali dengan pokok lah, ada yang macam ala kombat lah, haish.. Dalam hati ana, lantak lah diorang kan, janji diorang happy :)  Masa match untuk team ana, semua berkobar-kobar, semangat dan dalam masa yang sama sangat, sangat, sangat nervous. Tapi, sebelum match, yang paling adalah doa. Tanpa doa, dekat siapa lah kami nak mengharapkan kemenangan.  
 
Match sedang berlangsung, berlaku adegan tarik-menarik antara Hang Tuah dan Hang Nadim.  Sesaat, Hang Nadim kelihatan hampir mengecapi kemenangan, namun, Hang Tuah dengan pantas mennggunakan teknik sentap dan tarik. Akhirnya, Hang Tuah memenangi match tersebut. Oh, sungguh dramatik dan tragik.
 
Hahaha. Apa lah yang ana bebel ni. Hadoi~ Alhamdulillah, Hang Tuah memenangi dua match daripada dua match(maknanya, menang semua lah^^). So, Hang Tuah dapat progress ke pusingan separuh akhir.


Keesokannya(hari ni),ada berlangsung pusingan separuh akhir antara Hang Tuah dan Hang Kasturi. The bad thing was, tanah dan rumput sangat basah ! Ottokae, probability nak menang pun sangat sikit.  


Sebaik match bermula, Hang Kasturi dengan garangnya menyentap tali dan Hang Tuah seperti tidak keruan, lalu tersungkur. Kami memandang satu sama lain. What was that? That's ridiculous, macam mana boleh tersungkur kurang dari 30 saat? Haish.. Set 2, Hang Tuah cuba untuk menyentap Hang Kasturi, namun strategi tidak menjadi. Hang Kasturi dapat menghidu strategi Hang Kasturi lalu memberi asakan yang 'extra kick!' di mana Hang Tuah tewas dalam pertarungan tersebut. Haa.. Sungguh mengejutkan. Hang Tuah tidak sedar bahawa segalanya sudah berakhir. Hang Tuah kalah dalam kekeliruan.


Hahaha, apa yang ana bebel lagi ni? Itu lah sedikit sebanyak cerita untuk pertandingan tarik tali ini. Tapi kecewa kami agak terubat kerana untuk perebutan tempat ke-3 dan 4, kami kena berantap dengan Hang Lekiu. Tapi, kami memenangi perebutan tersebut dan memenangi tempat ke-3. Hoo, better than nothing kan?


Tapi, yang ana perasan, tiada kelibat SSS sepanjang pertandingan tersebut. Hm,, mungkin cikgu kelas dia tak bagi keluar agaknya. Wallahualam. Always think positive~ Tapi, kalau  SSS ada memberi sokongan, mesti keadaan akan berubah. Hehe, lebih semangat lah. Tapi SSS tetap berada di minda ana, itu sudah cukup untuk memberi semangat ^^


Ok, itu pengalaman tarik tali ana. Best, walaupun penat dan menyakitkan badan, pengalaman  tu yang penting. 
So, that's all for this entry. Bye, take care and may peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment