
Hi guys, lama dah tak jenguk blog kesayangan ana ni. Almaklum lah, sibuk sangat kan(sibuk lah sangat, malas adalah ^^). Betul tau, memang sejak akhir-akhir ni, ana agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Hmm, belum SPM lagi ni,tapi dah sibuk. Hari Rabu yang lepas, ana dengan kerjasama sahabat-sahabat ana yang lain ada buat satu jualan. Ha, jualan apa? Jualan mega? Atau jualan gudang? Tak, tak, tak.. Jualan sempena Hari Koperasi peringkat sekolah di sekolah ana. Woh,best woh... Team ana jual muffin, scons, apam polka dot, and the best stuff, Hot Mix. Haha,mende tu? Ha, Hot Mix tu campuran sosej, fries, dengan telur. Sedap wohh.. Hot Mix tu jadi lagi sedap sebab ana yang masak tau ^^. Setakat goreng-goreng manja gitu, apa lah sangat kan~ Haha.
Ok, supplier untuk barang berniaga ada seorang je, iaitu my precious maknae, Nur Syahirah. Ha,nak tau muka dia? Tak payah =P. Dia pon ada blog, jenguk-jenguk lah blog dia, best woh, banyak post pengisian jiwa^^ http://mylifestory-secretofhiramin.blogspot.com/
Secara ringkasnya, hari Rabu tu memang hari yang sangat, sangat, sangat memenatkan. Rasa macam nak ponteng je esok nya kan, tapi sebagai pelajar yang berwibawa, ana pergi jugak lah.. Pasal keuntungan, hm.. Ana tak kisah sangat pasal untung-untung ni, janji happy sudah =). Lagipun, pengalaman tu lagi precious dari duit kan. So,tak payah fikir pasal keuntungan sangat ok? ^^ But, there's a little pinch of disappointment lah on that day, yela, Miss SSS tak singgah gerai ana. Agak sedih dan kecewa tapi overall, totally an unforgettable day for me as a student.
Esoknya, hari Khamis, memang penatnya Allah saja yang tau. Ingatkan ana je kepenatan, rupa-rupanya ada ramai lagi kawan-kawan ana yang sama keadaannya dengan ana (muka penat), sebab kat kelas ana ada tiga group berniaga, so, agak seronok lah sebab ada geng nak buat muka penat. Yang pelik, hari tu banyak sangat masa yang ana rasa agak terbuang. First period, pendidikan Islam, takde ustazah, Sejarah, cikgu tak datang, Mathematics, teacher bagi rehat. Haa, quite a miracle doesn't it? Tapi, syukur lah,ada juga masa nak rehat kan.
Hari Jumaat, well, semuanya berjalan dengan lancar. Lepas rehat, semua pelajar kena pergi ke dewan sebab ada majlis persaraan penolong kanan HEM sekolah ana. Pergi dewan, duduk tak buat apa-apa, sembang dengan kawan, tapi nasib baik kawan ana tu bawa majalah Solusi. Hey, majalah tu sangat best. One of the best magazine in Malaysia. Untuk siri latest, tajuk depan majalah tu cerita pasal Sultan Muhammad Al-Fatih. Memang cerita pasal Sultan Muhammad al-Fatih dengan tentera beliau sangat memberi impact yang mendalam pada ana. Sultan Muhammad al-Fatih ni memang sultan yang terbaik dalam sejarah Islam dan tentera beliau merupakan tentera yang terbaik pernah direkrut oleh mana-mana kuasa dunia, Ha, nak tau banyak lagi pasal Sultan Muhammad al-Fatih dengan tentera beliau, belilah majalah Solusi siri ke 45 tak silap ana.
Haa, ni dia ^^
Agak mengejutkan, dan ana baru saja sedar pasal hal ini. Sudah seminggu ana tak belajar Fizik ! Haha. Fizik dah lah susah(takde lah susah sangat), memang minggu depan kena claim banyak nih. Hadoi. . .
Ok, sampai sini saja coretan untuk entry ana. Moga jumpa lagi(dalam blog mana boleh jumpa, haha). Bye, take care and may peace be upon you :)
No comments:
Post a Comment