- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Wednesday, July 18, 2012

Busy, Buzzy, Crazy and Dizzy Weeks



Hi guys, lama tak jumpa kan, rindu ana tak? Haha, siapalah nak rindu kat ana ni. Hee. Ok, 2 minggu ni memang sangat, sangat, sangat sibuk. Sebab apa? Kelas ana ada masuk Oscar Award,iaitu pertandingan pementasan teater bahasa Inggeris berdasarkan cerita-cerita dalam novel Step By Wicked Step.

Haa, kenal tak ?^^

Kelas ana dapat Robbo's Story, wohh, cerita last tu, memang kena buat yang terrbaikkk. Ok, macam biasa, setiap benda, ada cabarannya yang tersendiri. Ana bersyukur sangat yang kelas ana ni hubungan kekeluargaannya memang mantap dan erat dan tak banyak masalah yang timbul, alhamdulillah.. Anta tau tak, average atau purata masa yang ana ambil untuk berlatih teater ni lebih kurang 4 jam sehari. Woohh, sangat lama kan. Datang sekolah pukul 7 pagi, balik pukul 6.30 petang, hampir 12 jam duduk kat sekolah, agak-agak apa rasanya? Haha. Tapi, best lah sebab semua member ana bagi kerjasama yang bagus dan sistematik,walaupun sedikit kelam-kabut, tapi, standard lah kan,budak-budak.. ^^ Ana pegang watak Dad, watak antagonis lah orang wayang cakap(ecehh), tapi watak ni sekejap je kemunculan dia, dalam 2 scenes, then habis~ Tapi best tau, pengalaman tu yang penting sebenarnya. 

So, tu je yang ana nak bagitau, jumpa lagi ya. Bye, take care and may peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment