Hari ni, ana nak cerita pasal supplemen yang kedua. Haha, rasa macam dah jadi atlet pulak pakai supplemen-supplemen ni. Ok, supplemen hari ni diberi nama Assault, salah satu produk daripada MusclePharm. Siapa MusclePharm ni? Haa, ni adalah salah satu syarikat supplemen yang berpengaruh dari Amerika Syarikat. Syarikat ni ditubuhkan pada 2008(baru lagi lah ni) dan merupakan pengeluar supplemen-supplemen yang berkualiti tinggi.
Yeah~~~~ Back to the blog! Haha. Lama dah ana tak buka blog ni. Orang sibuk la katakan. Ok, straight to the point, hari ni ana nak kongsi dengan anta tentang supplement. Haa, sekarang ni ana tengah giat mengkaji dan menganalisa supplement-supplement yang berkaitan dengan bodybuilding atau bina badan. Eh, ana nak bina badan? Tak lah~ Ana nak mendalami saje, bukan nak masuk dalam bidang bina badan. Penat lah nak pergi gym hari-hari.