- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Saturday, June 09, 2012

Pengaruh #4





Hi guys, ni dah masuk entry untuk individu yang ke-4 yang mempengaruhi hidup ana. Individu tersebut ialah...Tententennn.... Encik Anwar Hadi. Haha,mesti terkejut kan? Kenapa Encik,eh kejap,tak sedap lah ber'encik'-'encik', ana panggil abang Anwar Hadi lah,amacam? Hehe^^. Abang Anwar ni mempengaruhi diri ana untuk, ha..untuk apa? Apa lagi, bervlog lah(obviously^^). Ana tak sangkal bahawa ada mulut-mulut 'sumbang' diluar sana yang akan kata apabila ada orang-orang muda macam ana untuk bervlog. Antara kata-kata 'pedas' yang selalu dilemparkan ialah, "eleh,nak tiru AnwarHadi lah tu", " hebat sangat ke kau buat vlog? Nak jadi macam Anwar Hadi?", atau " kau tak kelakar macam AnwarHadi lah". Ha, inilah dia golongan-golongan yang berfikiran sempit lagi tertutup. Perlu diingatkan, abang AnwarHadi tu hanya pencetus,atau spark yang menggalakkan anak-anak muda seperti ana untuk menyatakan pendapat atau pandangan peribadi secara video. Tak salah kan?

Comel kan? Haha

Kalau kita lihat melalui perspektif yang matang, bervlog merupakan landasan bagi anak-anak muda menyuarakan pendapat masing-masing. Ni bukan soal kelakar, popular, atau petah bercakap, tapi soal mampu ke kita menyuarakan pendapat kita di landasan yang benar? Vlog ni pun macam blog juga,cuma dalam bentuk video. Dah nama pun vlog, Video+Blog= VLOG. Hehe. Ana tak cakap abang AnwarHadi seorang je yang menjadi pencetus, kalau nak ikutkan memang ramai,tapi bagi ana, abang AnwarHadi adalah pencetus kepada karier vlog ana(ecehh). Abang Anwar ni  kelakar dan kebanyakan video-video dia diselitkan unsur-unsur kelakar yang santai dan boleh diterima. Lepas tu,dia pun pandai speaking English,so, lagi lah ana suka^^. Accent English dia tak macam accent yang biasa, selalu dengar dia bervlog in English, accent dia seakan- akan mempunyai pengaruh Australia's accent(maybe sebab dia belajar kat Australia kan?) So,kat situ sedikit sebanyak membantu ana bagi meng'improve' English Skills ana ni kan. 
Anta nak link youtube channel dia? Ni dia..
http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

So, rajin-rajinlah jenguk channel dia. Oh, Abang Anwar pun ada blog. Nak link? Hambek..
http://inianwarhadi.com/category/blog/

So, tu je untuk entry kali ni. InsyaAllah, ana post lagi tentang individu-individu yang mempengaruhi hidup ana  untuk hari-hari lain yang akan datang. Bye,take care, may peace be upon you:) Majulah vlog untuk negara!

So Charismatic. Kan?^^

No comments:

Post a Comment