- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Friday, June 22, 2012

I Hate This Kind of Friday



Hi guys. Ops.. jangan salah sangka dulu..ana tak cakap ana tak suka hari Jumaat, walhal Jumaat tu penghulu segala hari dan my favourite day of the week lah. Entry ni pasal hari Jumaat hari ni. Hari ni sekolah ana ada buat sukantara, pada hari JUMAAT. What the fish, hari JUMAAT? Perlu ke buat pada hari JUMAAT? Ana rasa tak perlu,personally. Yela, Malaysia ni kan beriklim Khatulistiwa(panas la tu), hari Jumaat pula ada Solat Jumaat, bagi lelaki macam ana, sangat tak sesuai untuk buat aktiviti di padang. Apa? Anta mesti ingat ana tak suka bersukan kan? Or tak suka panas kan? Takde lah~ Ana cuma tak suka aktiviti-aktiviti berat ni diadakan pada hari Jumaat.

Wednesday, June 20, 2012

Attitude VS Appearance 3




Hi guys, I'm back ! Hehe. Pagi tadi ada perhimpunan kat Dataran Ilmu(tempat perhimpunan sekolah ana lah),kebetulan, hari ni SSS jadi pengawas pengerusi majlis(faham ke? hehe^^), alah, macam MC lah. Bila SSS naik je atas pentas tu, tiba-tiba ada sudden heat. Haa, pelikkan? Pagi-pagi dah berpeluh-peluh. Haha. Tapi,takpe la kan,kadang-kadang...^^ Part best nya, time ada part SSS tersasul atau tersalah cakap, haha, sangat kelakar dan sweet (^0^). But, she's always as charismatic as usual. Nothing beats her when it comes to charisma. Haa~ ~
Hari ni pun ada ceramah pasal israk mikraj kat dewan. Best wohhh. Rugi lah siapa tak datang hari ni. Isi-isi ceramah yang padat,santai,kelakar dan berhikmah. Memang sebuah ceramah yang membuat kita bermuhasabah diri. Penceramahnya nama dia  Ustaz Husrin atau Cikgu Husrin. Ha, sebab apa ana panggil cikgu? Sebab dia bekas cikgu disiplin sekolah ana. Dia kata,dia kata tau, bukan ana yang kata, semua pelajar benci kat kat dia masa dia jadi cikgu disiplin(yela,cikgu disiplin, anta suka ke? hehe). Tahun 2005 dia dah keluar meninggalkan sekolah ana. Kenapa? Wallahualam..

Ok,that's all for the entry. Bye,take care and may peace be upon you :)

Tuesday, June 19, 2012

That Was A Shock !



Hi guys, hari ni agak panas kan?(SANGAT panas sebenarnya) Hari yang sesuai untuk meneguk secawan F&N Grape yang berais.Slrrp! Tapi,sebagai seorang rakyat Malaysia yang tabah dan berdedikasi, sabor je lah~ Teringat masa pergi Cameron Highlands masa tu, sejuk dan nyaman je,rasa tak nak balik Selangor dah(sekejap je dah lupa negeri sendiri ^^). Ok,cerita hari ni agak seronok untuk dikongsi. Nak tau tak? Haa,meh sini nak bagi tau. Awal hari ni ok saje,semuanya berjalan dengan lancar,tapi, lepas rehat, ana punya lah excited nak belajar Chemistry(betul ok),tiba-tiba dapat berita yang teacher ana tak datang... Hadoi, sedih juga lah kan, tapi teacher ana tu ada sebab dia tak datang. so,kita redha saja lah. Klimaks untuk hari ni, tiba-tiba, cikgu kesayangan semua orang kat sekolah ana(cikgu disiplin ^^),datang menjenguk kelas ana. Ana and the gang rasa pelik lah kan,kenapa tiba-tiba datang. Rupa-rupanya ada spot check. Punyalah lama tak ada spot check, tiba-tiba ada balik. Spot check tu bukan untuk apa , just nak check ada tak budak-budak kelas ana yang bawa handphone ke sekolah. Kebetulan,ada lah seorang dua budak-budak kelas ana yang bawa handphone.. nak tak nak, kena lah bagi kan? Kang jadi isu pula. Spot check tu pun bukan cikgu yang nak buat,tapi ada 'orang' yang mengadu pasal kelas ana ada orang bawa handphone. Haishh, macam-macam lah. Nasib baik pengawas-pengawas yang datang nak menggeledah beg-beg tu ana punya friends lah. So, takde lah tension sangat. Part best tu, SSS pun datang juga sebab dia antara pengawas yang senior kat sekolah ana. Best juga tengok dia menggeledah beg-beg kat kelas ana. Menjalankan tugas dengan ikhlas dan dengan wajah yang penuh berkarisma^^. Hehe. 
So,itu je lah untuk entry hari ni. Bye, take care and may peace be upon you :)

Saturday, June 09, 2012

Pengaruh #4





Hi guys, ni dah masuk entry untuk individu yang ke-4 yang mempengaruhi hidup ana. Individu tersebut ialah...Tententennn.... Encik Anwar Hadi. Haha,mesti terkejut kan? Kenapa Encik,eh kejap,tak sedap lah ber'encik'-'encik', ana panggil abang Anwar Hadi lah,amacam? Hehe^^. Abang Anwar ni mempengaruhi diri ana untuk, ha..untuk apa? Apa lagi, bervlog lah(obviously^^). Ana tak sangkal bahawa ada mulut-mulut 'sumbang' diluar sana yang akan kata apabila ada orang-orang muda macam ana untuk bervlog. Antara kata-kata 'pedas' yang selalu dilemparkan ialah, "eleh,nak tiru AnwarHadi lah tu", " hebat sangat ke kau buat vlog? Nak jadi macam Anwar Hadi?", atau " kau tak kelakar macam AnwarHadi lah". Ha, inilah dia golongan-golongan yang berfikiran sempit lagi tertutup. Perlu diingatkan, abang AnwarHadi tu hanya pencetus,atau spark yang menggalakkan anak-anak muda seperti ana untuk menyatakan pendapat atau pandangan peribadi secara video. Tak salah kan?

Comel kan? Haha

Kalau kita lihat melalui perspektif yang matang, bervlog merupakan landasan bagi anak-anak muda menyuarakan pendapat masing-masing. Ni bukan soal kelakar, popular, atau petah bercakap, tapi soal mampu ke kita menyuarakan pendapat kita di landasan yang benar? Vlog ni pun macam blog juga,cuma dalam bentuk video. Dah nama pun vlog, Video+Blog= VLOG. Hehe. Ana tak cakap abang AnwarHadi seorang je yang menjadi pencetus, kalau nak ikutkan memang ramai,tapi bagi ana, abang AnwarHadi adalah pencetus kepada karier vlog ana(ecehh). Abang Anwar ni  kelakar dan kebanyakan video-video dia diselitkan unsur-unsur kelakar yang santai dan boleh diterima. Lepas tu,dia pun pandai speaking English,so, lagi lah ana suka^^. Accent English dia tak macam accent yang biasa, selalu dengar dia bervlog in English, accent dia seakan- akan mempunyai pengaruh Australia's accent(maybe sebab dia belajar kat Australia kan?) So,kat situ sedikit sebanyak membantu ana bagi meng'improve' English Skills ana ni kan. 
Anta nak link youtube channel dia? Ni dia..
http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

So, rajin-rajinlah jenguk channel dia. Oh, Abang Anwar pun ada blog. Nak link? Hambek..
http://inianwarhadi.com/category/blog/

So, tu je untuk entry kali ni. InsyaAllah, ana post lagi tentang individu-individu yang mempengaruhi hidup ana  untuk hari-hari lain yang akan datang. Bye,take care, may peace be upon you:) Majulah vlog untuk negara!

So Charismatic. Kan?^^

Pengaruh #5






Hi guys, hari ni ana nak cerita pasal individu-individu yang memberi pengaruh yang cukup besar dalam hidup ana. Ana tau, semua orang mesti ada individu yang mempengaruhi hidup mereka kan?kan?kan? Mesti lah.. Ana pun ada. Dalam hidup ana, ada 5 orang,yeah.. LIMA individu yang sentiasa memberi pengaruh pada ana(pengaruh yang baik tau). Untuk entry kali ni, ana nak cerita pasal individu yang bernama Jamie Oliver. Haa..kenal tak? Tak kenal? Hmm, macam mana ni '_'? Hehe. Kenal kot,tapi ingat-ingat lupa kan? Ni gambar beliau, 

Ha, kenal tak?

Beliau seorang lelaki berbangsa British. Ana suka beliau sebab accent atau dalam b.Melayu orang kata slang beliau yang  sangat bersifat ke'British'an(memang dia orang British pon^^). Beliau juga antara pemangkin atau catalyst(Chemistry ni) untuk ana berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ana taklah hebat mana,ala-ala kampung jer,tapi, speaking English jadi mudah sebab ana selalu tengok cooking show beliau. Ana ingat lagi, the first English cooking show yang ana tengok ialah Naked Chef. Jamie ni lah host show tu. Masa tu beliau muda lagi,muka pun macam budak hingusan,tapi,, dah ada cooking show sendiri dan best pula tu. Show beliau yang lain pun ana tengok juga, antaranya  Jamie At Home, Oliver Twist, Jamie Oliver's Food Revolution dan yang latest show yang ana tengah tengok sekarang, Jamie's 30 Minute Meals. Woo..best woo show tu. Rugi tak tengok. Ana suka Jamie ni sebab show beliau kebanyakannya takde skrip atau spontan. Beliau just cakap depan kamera dan masak dan ada sedikit elements of humor(tu yang best). Satu lagi, cara beliau memasak memang mempengaruhi cara ana masak(ana kan nak jadi chef^^ InsyaAllah). Jamie ni suka masak masakan British, dan beliau suka masukkan elemen-elemen negara lain,macam Asia,Amerika dan macam-macam lah. Orang kata masakan fusion lah. Ana harap beliau datang ke Malaysia sebab asyik-asyik tengok Jamie dalam tv je, nak tengok juga Jamie ni face-to-face kan. Apa-apa pun, beliau memang the great chef in my life. Bagi anta-anta yang fikir memasak ni susah,tengok show Jamie Oliver ni, mesti perspektif anta berubah sebab Jamie ni masak sesuatu yang ringkas tapi sihat dan sedap lagi lazat.

Hebat kan?^^
So, Jamie Oliver adalah individu ke-lima dalam senarai individu-individu yang mempengaruhi hidup ana. Anta-anta yang nak belajar masak something yang simple, tengok lah show-show beliau ni..
Ok,that's all from me. I'll continue this entry next time. Bye, take care and may peace be upon you :) 

Handsome kan?^^