- Ahlan Wah Sahlan -


* Waiting for the RESULT *


Wednesday, May 30, 2012

Terima Kasih 'Pembantu Kecil'





Hi guys, hari ni ana puasa. Anta-anta semua taknak try puasa sunat ke? Hehe. Takpe-takpe. Ok, ana nak cerita pasal pengalaman ana dikejutkan oleh 'Pembantu Kecil'. . . Siapa gerangan 'Pembantu Kecil' tersebut? Tentententennnnn.. Encik Lipas! Anta bayangkan eh, cuba bayangkan, cuba lah sekali bayangkan, dikejutkan untuk sahur oleh Encik Lipas. Best ke tak best? Tak tau nak jawab kan? Haha. Tapi ni cerita betul tau. Ana tak tipu apatah lagi berbohong. Kejadian ni terjadi lebih kurang pukul 3.30 pagi tadi waktu Malaysia. Perasaan masa terbangun pukul 3.30 pagi tadi memang pelik. First,kenapa ana terbangun awal sangat ni? Ana niat nak bangun pukul 4.00 pagi. Second, kenapa macam ada sesuatu yang melingkar dalam kain pelikat cap Gajah Duduk ana? Ana selak je, ha! Encik Lipas rupanya. Geli ada,geram pon ada. Yela, Encik Lipas tu buat ana terkejut dan langsung takleh sambung tidur -_-. Tapi, ada tapinya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian tu. Mungkin Encik Lipas tu nak tolong kejutkan ana bangun sahur sebab ana ni liat sikit nak bangun pagi(takde lah liat sangat^^). Apa-apa pun, terima kasih Encik Lipas sebab kejutkan ana walaupun terlalu awal. Hehe. 
Ok, lepas bangun, ana lepak-lepak kejap sebelum masak untuk sahur. Lepas puas termenung masa depan, ana pergi lah dapur. Ana masak nasi, sayur, telur dengan nugget(orang bujang lah katakan). Nak tau tak apa yang ana masak? Ni haa..

Nasi+Oat = Lovely!

Nugget+Bawang Holland+Tomato= Yummy!

Telur goreng biasa

Kimchi ^^

Paling penting, kurma jangan lupa~

Makan sorang-sorang T_T

Ok, tu je untuk entry hari ni. Anta-anta kat luar sana jemput-jemputlah berpuasa sunat ye. Bye, take care and may peace be upon you :)








Tuesday, May 29, 2012

Hukum Berpurdah & Perbezaan Antara Aurat dan Hijab





Soalan:

 Assalamualaikum Ustaz.

 Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah s.a.w, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.

 ..............................​..............................​.....

 Jawapan dari Ustaz Azhar:

 Wa'alaikum salam.

 Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

 Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

 Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

 Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

 Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

 Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.


 Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

 Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

 walahua'lam

*Alhamdulillah.. Bertambah ilmu didada ^^
Credit- https://www.facebook.com/syahiruldotcom

Kelebihan Bulan-Bulan Haram



ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
*Psst, jom lah kita puasa sunat ^^

Attitude VS Appearance 2







Ha, hari ni ana nak sambung cerita pasal ana(suka la teww). Pasal gerangan SSS yang ana suka ni, beliau seorang yang sangat simple. Dari sudut pandangan ana, SSS ni jenis yang tak layan lelaki(bukan songsang tau), which is something yang ana suka lah. Selalunya perempuan yang selalu ana jumpa, kebanyakannya tak kisah jika ada lelaki mendekati diorang. SSS ni juga seorang yang cantik. Kebanyakan daripada kawan-kawan ana cakap yang ana suka SSS ni sebab beliau comel. COMEL?? NO WAY. . SSS ni tak comel la, beliau seorang yang WONDERFUL and CHARISMATIC. Lagi satu, ana suka SSS sebab attitude atau kelakuan beliau,bukan sebab cantik or comel. Orang kata, "kalau mencintai seseorang sebab kecantikan semata-mata,lama-kelamaan kecantikan itu akan pudar. Namun,jika mencintai seseorang atas rasa cinta yang berlandaskan agama, keimanan seseorang, InsyaAllah cinta itu akan berkekalan hingga ke Syurga". Haa..siapa yang punya falsafah tu? Ana punya lah,siapa lagi. Hehe. Tapi betul lah kalau mengikut teori ana ni kan? Tapi, lain orang lain pendapat,jadi kita fikir-fikir lah mana yang betul. Berbalik pada SSS tadi, ana kadang-kadang lemas bila ramai orang di sekeliling ana yang suka 'memprovoke' ana pasal SSS ni. Semua orang tau yang SSS ni memang cantik orangnya,tapi jangan lah fikir kecantikan tu mampu menawan hati semua orang macam ana ni. Memang lah ana ni lelaki,makhluk Allah yang sukakan kecantikan,tapi, kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan luaran. 
Satu lagi sifat SSS yang membuatkan ana suka dengan SSS ni adalah beliau seorang yang athletic atau pun orang kata tu, pandai bersukan. Ana pun tak tau lah dengan ana ni,ana ni seorang lelaki yang mudah tertarik dengan perempuan yang pandai bersukan. Entah lah,wallahualam. . 

Sweet kan?^^

Ok, itu je yang ana nak cerita pasal SSS, kalau ana ada masa nanti, ana cerita lagi. InsyaAllah. That's all for now, bye, take care and may peace be upon you :)

Monday, May 28, 2012

Attitude VS Appearance




Hi guys. Tengok entry atas tu, mesti dah tau apa yang ana nak cerita kan? Hm,tak tau lagi? Tak faham Bahasa Inggeris? Kesian anta.. Takpe lah,ana terangkan ye. 'Attitude' tu maksud dia perangai atau perlakuan seseorang, ' Appearance' pula sifat-sifat luaran atau kemunculan. So, topik hari ni adalah tentang Perangai vs Sifat-sifat luaran. Ada faham? Kalau faham,alhamdulillah.. Ok, ana nak kupas sedikit pasal diri ana ni(sikit-sikit sudah^^). Ana tau,semua orang,bahkan semua makhluk di atas dunia mesti menginginkan pasangan hidup. Pasangan hidup yang macam mana? Mestilah pasangan hidup yang mampu menguruskan hidup kita dan sentiasa bersama kita apabila senang mahupun susah. Ana pun sama. Walaupun ana baru berumur 17 tahun(muda kan?^^), tapi perkara tentang pasangan hidup merupakan antara perkara yang penting. Kalau disekolah, bila ada saje makhluk-makhluk Allah(manusia lah) yang membuka cerita tentang pasangan hidup atau jodoh,mesti ada pihak-pihak tertentu yang 'memprovokasi' perbualan tersebut. Tak kisah lah cikgu ke,kawan ke, acik pembersih tandas ke, siapa saje. Antara alasan yang paling tipikal yang diberi adalah "awak tu muda lagi,belajar dulu", "tak payah gatal-gatal fikir pasal jodoh,belajar pun tak seberapa", "duit kat bank tu dah banyak sangat ke?" dan sebagainya. Walhal,tak salah bagi kita untuk berbincang tentang perkara-perkara tersebut,sebab memang fitrah manusia yang memerlukan pasangan hidup.
Ok,ana pun seperti manusia-manusia biasa  lain yang menyukai seseorang yang dianggap 'special'. Dalam hidup ana,ada 3 phase atau peringkat untuk mengklasifikasi seseorang. Pertama, DIMINATI. Dalam peringkat ni, rasanya semua orang ada meminati seseorang,macam artis,ustaz,ustazah,motivator atau senang cerita seorang public figure. Kedua, DISUKAI. Dalam peringkat ni pula, ia terbuka kepada kawan-kawan ana lah. Kalau tak suka,macam mana nak kawan kan? So,ramai juga lah yang ada dalam kategori DISUKAI ana ni. Ketiga, DICINTAI. Dalam peringkat ni, ada sedikit saje  yang masuk ke dalam kategori ni. Antaranya, Allah SWT(paling penting!^^), Rasulullah SAW, ibubapa ana dan seorang dara ini. Siapakah gerangan dara tersebut? Hehe. Hint nya, SSS. Ha,pandai-pandai lah cari si dara tu. Ana panggil si dara tu SSS je lah eh, senang sikit.




Cerita ini bermula apabila(haha, cliche' ^^). Ok lah, di simplekan, ana mula suka dekat SSS ni masa beliau masuk dalam pasukan perbarisan rumah sukan ana. First,ana ingat SSS ni tak tau berkawat,so, ana buat lah tutorial(cewah) macam mana nak berkawat. Last-last,rupanya beliau ni expert berkawat(buat segan je-_-). So,at that moment,ana terfikir, SSS ni sangat different dan special. Tapi ana tak ceritakan kat sesiapa dulu( jangan gelojoh sangat). Ana buat rilek,buat cool dulu. Masuk tahun 2012,ana pun dah Form 5, level kematangan pun dah meningkat,baru lah ana berani ceritakan perasaan ana dekat seseorang. Dia ni pun special juga(tapi tak se'special' SSS). Ana panggil dia 'maknae',sebab dia yang paling muda dalam kelas ana,tapi dia perempuan paling matang(bagi ana)kat dalam kelas ana. So, ana lebih selesa ceritakan benda ni kat dia. Kebetulan, dia pun rapat dengan SSS(alhamdulillah^^). Sejak tu, ana pelik bin hairan, kenapa makin ramai orang dalam kelas ana yang tau yang ana suka dekat SSS ni. Mana diorang dapat tau? Hm,mungkin diorang tengok kelakuan ana 'lain' sikit kot bila bercakap dengan SSS ni. Lupa nak bagi tau, SSS ni dari kelas sebelah(jiran je la). SSS ni kelas 5A, ana 5B,so agak segan la suka kat orang yang pandai sikit ni kan. MasyaAllah, dah banyak sangat ana cerita ni. InsyaAllah,nanti ana ceritakan lagi dalam post yang akan datang ok. Bye, take care and may peace be upon you :)

Sunday, May 27, 2012

What Are You Doing !?

Well, i guess the entry above sounds a little bit harsh doesn't? I'm sorry if it sounds like that. I just came home from 1 Utama with my family. We watched Men In Black 3(that movie was AWESOME!!!) and I bought a mini tripod. The story begins when i went to the electronic center and stopped to buy that tripod. The thing that makes me a little bit upset was,the woman who responsible to serve the customer at that center. She supposed  to serve the customer well and full of dedication,but,the problem was, she's 'busy' chatting and laughing with her friends who came stopped at her center. I was calling her again and again and again and she didn't even look at me(what kind of customer service was that?). Not until I went to her and called her face-to-face then,she served me. And, I was expected her to serve me like a normal customer servicer,but,she came to me with a not-so-happy face and asked what I want. I told her that I want that tripod. She gave me the tripod and I gave my money for the tripod. The moment I thanked her,she's not even reply it!(at least say lah something like "you're welcome", "welcome" or just "ok"). She just left and continue her conversation. Haa~ that moment was a little bit ruined my day. But,it's ok, maybe she's a new worker and doesn't know the technique to serve the customer(always think POSITIVE).
So, always give your 100% dedication to your work. Don't do your work like 'nak taknak'. As a student,I'll always keep on my mind to keep my 100% attention when my teacher is teaching. That's all from me,bye and may peace be upon you :)

Saturday, May 26, 2012

Recipe #1

Assalamualaikum,hi guys. Hari ni ana nak bagi resipi bagaimana nak membuat... HOMEMADE PIZZA. Ha,mesti ramai yang suka makan pizza kan? Ana pun suka(suka gila). Nowadays, budak-budak suka pergi PizzaHut , Domino's and mana-mana lah kalau nak makan pizza. Pelik betul lah (mahal -_-). Ana tak makan PizzaHut sebab ana dah nekad untuk memboikot produk PizzaHut (Berjihad mengikut kemampuan ana ^^). Ok, ni lah resipinya (Doh):-


*500 gram tepung gandum


*Setengah paket yis(atau orang panggil Mauripan) dicampur bersama air suam


*satu sudu minyak zaitun(minyak masak biasa atau planta cair pun boleh)


*Gula (untuk proses kimia antara yis dengan gula)


*Garam (secukup rasa)


*Telur putih (taknak letak pun takpe)


*Air masak secukupnya


*Kasih sayang secukupnya(Sangat penting ^^)




Cara-cara membuatnya :-


1- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar(memudahkan proses menguli).Lepas tu,buat lubang di tengah tepung tu.


2- Masukkan campuran yis+air suam tadi ke dalam aduan tepung tadi. Kemudian,masukkan gula,minyak,telur putih,air masak dan garam.


3- Campur aduk semua bahan-bahan tadi sampai sebati.
                                               Macam ni lah bentuknya(Eee..Haha)
4- Lepas tu, bentuk doh anta sampai jadi macam ni,
                                                     Perfecto.. !
5- Tutup doh anta yang ada dalam bekas tu dengan kain yang lembap(yis suka persekitaran yang lembap dan panas,mempercepatkan proses penapaian)
6- Kemudian,proses yang paling membosankan, MENUNGGU. Tunggu sehingga doh naik(lebih kurang 1-2 jam)
7- Lepas doh naik,boleh lah membuat proses membentuk doh menjadi nipis.
                                                       Ketebalan doh bergantung kepada anta.
                                                       (jangan nipis sangat,nanti bocor)
8- Kalau anta seorang yang expert seperti ana(LOL),anta boleh buat proses 'menebar' seperti roti canai. Hehe(Warning->Kalau tak expert,JANGAN,JANGAN,JANGAN buat. Nanti terlepas,kempunan lah~ Kena jentik telinga dengan ibu sekali =D )
9- Lepas habis semua,boleh la letak doh tu dekat dulang pembakar kegemaran anta.
10- Part ni best,part anta boleh letak apa saje yang anta suka sebagai topping. Contoh,sosej,bawang,lada benggala,sos tomato,cheese, pendek kata, APA SAJA yang anta suka(ana selalu letak sosej,tomato dengan sos cili je ^^).
11- Setkan suhu oven ke 190 degree Celsius. Masukkan pizza anta dan tunggu 15-20 minit.


Hasilnya, Voila~
                                                     Hanya ilustrasi. Hehe

So, tu lah first recipe dari ana. Harap anta dapat buat sendiri dan berpuas hati. Good luck!

I Am A Blogger+Vlogger

Assalamualaikum, hi guys. I just wanna tell you,,instead of blogging I'm vlogging too.Hehe. Well,I'm not that 'great' on vlogging but,hey,I'm trying my best. There are many people thought that vlogging is something embarrassing to do. The truth is, it's NOT! Vlogging really makes you a better person. You can express yourself in a proper way,not like a 'samseng'.shouting here and there. It can improve your level of confidence too. I was a really,really,really a shy person(shyboy). But,when I try to vlog, my confidence increases like a rocket! Yeah,it's true though. So, dont be shy to vlog, you can do it in your way,your own style. The more unique,the better.


This is the link to my Youtube channel :-
http://www.youtube.com/user/MrLoniazrahza/feed

-Due to busy schedule(macam artis la teww) and laziness,i have 5 vlog only. I'll try to add it around a corner. Hwaiting! -

Friday, May 25, 2012

Hari yang Suram

Assalamualaikum, hi there. Apa habaq? Harap baik-baik je lah ^^. Hari ni Jumaat,hari yang suram bagi ana. Hey,ana tak kata hari Jumaat tu hari yang sentiasa suram(Jumaat adalah penghulu segala hari), mungkin kebetulan hari yang suram bagi ana jatuh pada hari ni.Wallahualam. 


Ok, firstly, dekat sekolah hari ni macam biasa saje. ,hari terakhir sebelum cuti 2 minggu(Yeyeyeye..kerja sekolah banyak T_T). Hari  ni special sikit sebab ada one of my friend's birthday. Masa pagi-pagi,pelik juga,takde orang pon wish 'Happy Birthday' ke, 'Selamat Hari Lahir' ke, 'Saengil Chukka Hamnida' ke, takde langsung. Rupanya, all the girls dah planned nak buat surprise party kecil-kecilan kat beliau. Beliau yang terkejut pon mengalirkan air mata (HaHa.Kelakar). Yang bestnya,ada cake terbaik dari ladang abang~ Cake apa pon tak tau lah, warna yellowish tapi ada isi chestnut( Who cares,janji sedap dan halal).



Hah,so,apa yang suram? Hm,antara faktor yang membuatkan hari ana menjadi suram :-

        * Aircond kelas rosak. LoL. 

        *Semua orang sibuk dengan phone sendiri. Android lah, main game lah.

        * Tak dapat jumpa SSS.(jumpa pon sesaat dua,buatpe?)

        * Perasaan ana je kot yang suram -_-

Tu lah antara faktornya. So, terima kasih lah bagi sesiapa yang baca . May peace be upon you :)

Thursday, May 24, 2012

A Debut

Assalamualaikum, Hi, Annyeonghaseyo. I've think a lot(yes,A LOT) about make a blog for myself. After a long,long,long of thought, finally I'm here. Hehe. Please do correct me if I'm doing something  wrong and irritating. Sila beri tunjuk ajar ! Kerjasama anda amatlah dihargai :)  

A New Start

Alhamdulillah, I'm a Blogger now !